SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUANKU JA'AFAR


Sekolah Menengah teknik Tuanku Ja'afar ditubuhkan pada tahun 1972. Dahulu sekolah ini dikenali sebagai nama Sekolah Menengah Teknik Seremban. Pada 1977 namanya ditukar bersempena dengan nama Almarhum DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar terkenal dengan kecemerlangan akademik dan kokorikulum. Sebagai sebuah sekolah menengah aliran teknik terkemuka di negara ini, STTJ sentiasa memberi penekanan aspek kebitaraannya bagi mencapai visi menjadi institusi cemerlang bertaraf dunia menjelang 2012.

Pengetua sekolah,Tn Haji Arshad Md Yusof berkata pencapaian kebitaraan itu termasuk reka cipta dan Inovasi, sukan sofbol serta bola jaring sentiasa dipantau lebih-lebih lagi selepas mendapat taraf Kluster dua tahun lalu. Sukan sofbol dipilih berdasarkan tradisi kecemerlangan dicapai STTJ yang menjadi juara peringkat negeri 10 tahun berturut-turut dari 1987 hingga 1997 di bawah jurulatihnya, Radin Khalid Radin Husin.Pada Mei lalu, pasukan itu mengekalkan pencapaian cemerlang diteruskan apabila menjuarai kejohanan peringkat negeri dan kebangsaan pada Kejohanan Antara Teknik Seluruh Malaysia.

Selain sukan sofbol, sukan bola jaring juga mencatatkan kejayaan membanggakan apabila meraih naib juara peringkat kebangsaan selama tiga tahun berturut-turut pada 2006, 2007 dan 2008 pada Sukan Antara Teknik Peringkat Kebangsaan.

Kelab reka cipta dan inovasi dipilih STTJ dan ia memberikan kelainan kerana memfokus inovasi tenaga solar. Antara projek yang sedang dan sudah dijalankan termasuklah penggunaan palang pagar utama pada pintu masuk sekolah, kincir air di Taman Suria STTJ dan pembinaan kereta yang dijalankan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ia dijalankan sebagai persediaan menyertai Kejohanan Cabaran Kereta Solar Antarabangsa di Australia pada 2011.











INFO: Pencapaian STTJ
  • Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan 2003
  • Johan 3K Peringkat Kebangsaan 2003
  • Naib Johan Negeri Sofbol 2006
  • Anugerah Koperasi 5 Bintang 2006
  • Anugerah Khas Koperasi Peringkat Negeri 2007
  • Anugerah Dewan Makan Asrama Terbaik Negeri 2008
  • Johan Sofbol Negeri 2009.
Sumber:Berita Harian Online: 24 Jun 2009

0 comments:



Post a Comment