Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUANKU JA'AFAR


Sekolah Menengah teknik Tuanku Ja'afar ditubuhkan pada tahun 1972. Dahulu sekolah ini dikenali sebagai nama Sekolah Menengah Teknik Seremban. Pada 1977 namanya ditukar bersempena dengan nama Almarhum DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar terkenal dengan kecemerlangan akademik dan kokorikulum. Sebagai sebuah sekolah menengah aliran teknik terkemuka di negara ini, STTJ sentiasa memberi penekanan aspek kebitaraannya bagi mencapai visi menjadi institusi cemerlang bertaraf dunia menjelang 2012.

Pengetua sekolah,Tn Haji Arshad Md Yusof berkata pencapaian kebitaraan itu termasuk reka cipta dan Inovasi, sukan sofbol serta bola jaring sentiasa dipantau lebih-lebih lagi selepas mendapat taraf Kluster dua tahun lalu. Sukan sofbol dipilih berdasarkan tradisi kecemerlangan dicapai STTJ yang menjadi juara peringkat negeri 10 tahun berturut-turut dari 1987 hingga 1997 di bawah jurulatihnya, Radin Khalid Radin Husin.Pada Mei lalu, pasukan itu mengekalkan pencapaian cemerlang diteruskan apabila menjuarai kejohanan peringkat negeri dan kebangsaan pada Kejohanan Antara Teknik Seluruh Malaysia.

Selain sukan sofbol, sukan bola jaring juga mencatatkan kejayaan membanggakan apabila meraih naib juara peringkat kebangsaan selama tiga tahun berturut-turut pada 2006, 2007 dan 2008 pada Sukan Antara Teknik Peringkat Kebangsaan.

Kelab reka cipta dan inovasi dipilih STTJ dan ia memberikan kelainan kerana memfokus inovasi tenaga solar. Antara projek yang sedang dan sudah dijalankan termasuklah penggunaan palang pagar utama pada pintu masuk sekolah, kincir air di Taman Suria STTJ dan pembinaan kereta yang dijalankan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ia dijalankan sebagai persediaan menyertai Kejohanan Cabaran Kereta Solar Antarabangsa di Australia pada 2011.











INFO: Pencapaian STTJ
  • Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan 2003
  • Johan 3K Peringkat Kebangsaan 2003
  • Naib Johan Negeri Sofbol 2006
  • Anugerah Koperasi 5 Bintang 2006
  • Anugerah Khas Koperasi Peringkat Negeri 2007
  • Anugerah Dewan Makan Asrama Terbaik Negeri 2008
  • Johan Sofbol Negeri 2009.
Sumber:Berita Harian Online: 24 Jun 2009

KEPENTINGAN KOKURIKULUM

Kokurikulum merupakan satu kegiatan yang penting untuk kecemerlangan rohani, jasmani, emosi
dan intelek bagi seseorang yang bergelar pelajar. Buktinya, kerajaan telah menetapkan 10% markah penglibatan pelajar dalam kokorikulum sebagai salah satu syarat kemasukan ke IPTA. Markah penglibatan pelajar dikira berdasarkan pencapaian dalam sukan, kelab & persatuan dan badan beruniform.


KEPENTINGAN KOKURIKULUM :

  • memupuk semangat bekerjasama,kepimpinan dan daya saing dalam kalangan pelajar
  • pengisian masa yang berfaedah kepada para pelajar
  • merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar dengan guru
  • menaikkan imej dan kualiti sesebuah sekolah
  • melahirkan pelajar yang inovatif,kreatif dan berdisplin

REKA CIPTA


Tarikh : 17-18 April 2009
Tempat : SMT Dato' Lela Maharaja


Teknologi Pelancaran Roket


Peserta yang terlibat :

1. Amirah Najlaa bt Abu Zaid

2. Muhammad Izuddin
3. Muhammad Syazwan Haikal

Aktiviti :
Kursus Solar Car -hujung bulan Mei

Karnival Sains - 23-25 Jun 2009 ( roket,solar car,solar boat)
Pelancaran Solar Car - Mei



Pencapaian :
1. Johan reka cipta (robotik)
tingkatan 5

2. Kejohanan antara teknik (KAT) - wakil negeri ke Perak
pada 17-22 Jun 2009

BOLA JARING


Pengerusi : Siti Nur Athirah bt Zamzam
Kapten : Nursyukriah bt Idris
Naib Kapten : Nur Izzati bt Mohd Rudzi
Setiausaha : Siti Aishah bt
Md.Hafizuddin


Tarikh Perlawanan : 11 April 2009
  • Teknik Ampangan
  • Teknik Dato Seri Mohd Zin
  • Teknik Melaka Tengah
  • Teknik Port Dickson
Pemain-pemain yang terlibat semasa perlawanan
1. Siti Nur Athirah
2. Nursyukriah
3. Nur Izzati
4. Syafwana
5. Siti Aisyah

SOFTBALL



Kapten (L) : Akmal Hanafi
(P): Nur Ainnayati
Nama kumpulan : KAMIKAZE








Pencapaian tahun 2008 :

1. Johan P18 peringkat negeri MSSN di STTJ Kuala Pilah
2. Seramai 8 orang perempuan & 5 orang lelaki ke peringkat
kebangsaan MSSM di Pengkalan Chepa,Kelantan
3. Lelaki bawah 18 - johan peringkat kebangsaan
4. Perempuan bawah 18 - tempat ke-5 peringkat kebangsaan
5. Perempuan 18 - johan antara teknik (ting.4)
6. Perempuan 18 - tempat ke-3 kejohanan terbuka di Politeknik PD

Pencapaian tahun 2009 :
1. Perempuan 18 -Johan antara teknik (KAT) peringkat zon tengah Melaka-Negeri Sembilan
2. Perempuan 18 -Johan peringkat negeri di STJ,Kuala Pilah
3. Lelaki 18 -Naib johan peringkat negeri di STJ,Kuala Pilah
4. Seramai 2 orang perempuan & 2 orang lelaki mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan MSSM di Batu Pahat,Johor
5. Lelaki 18 -Johan plate
6. Perempuan 18 -tempat ke-5 plate
7. Perempuan 18 -Johan antara teknik peringkat kebangsaan di Kuala Kangsar,Perak



Cikgu Terlibat :
1. En. Raden Khalid
2. Pn. Nur Asyiqin
3. Pn. Anna Diana